KOPERASI Serbaguna Daerah Jerantut Berhad

Selamat datang Ke Laman Web Anda Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad

Selamat datang ke KOPERASI SERBAGUNA DAERAH JERANTUT BERHAD

KEKUATAN KAMI ADALAH ANGGOTA BERSATU PADU

RAMAI UNTUK RAMAI, SATU UNTUK SATU

KOPERASI SERBAGUNA DAERAH JERANTUT BERHAD (KSDJB) adalah syarikat yang telah ditubuhkan pada 15 September 1966 yang sebelum ini dikenali dengan Syarikat Kerjasama Daerah Jerantut Berhad. KSDJB telah membina kejayaan dan kemajuan dalam usaha mengembangkan industri perumahan, perkhidmatan dan perladangan yang sejajar dengan inspirasi koperasi.

KSDJB memulakan dan masih terlibat dengan aktiviti perniagaan di dalam bidang perumahan dan penyewaan premis sebagai pemaju utama bagi memajukan dan membangunkan projek-projek perumahan dan premis-premis.

KSDJB telah terlibat dalam aktiviti perkhidmatan stesen minyak sejak tahun 1977. Stesen Minyak BHP terletak di atas sebidang tanah seluas 20,900 kp di Bandar Jerantut. Pada tahun 2014, Stesen Minyak BHP telah melakukan penambahbaikan fasiliti-fasiliti untuk keselesaan pengguna.

KSDJB mempunyai perancangan dan visi masa depan yang optimis terhadap aktiviti perladangan. Dengan adanya 18 ekar ladang kelapa sawit, KSDJB akan memberi sepenuh komitment dan bersaing dengan usahawan-usahawan pertanian yang sedia ada.

MAKLUMAT KOPERASI

NAMAKoperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad
ALAMATNo 2,Tingkat Atas, Bangunan LKNP, Jalan Tahan, BandarBaru, 27000 Jerantut,Pahang
TARIKH DITUBUHKAN15 September 1966
NO. PENDAFTARAN4280
NEGERI DITUBUHKANPahang
JENIS PERNIAGAAN
  • Perniagaan Stesen Minyak BH PETROL
  • Penyewaan Premis
  • Pembinaan Perumahan
  • Pertanian Kelapa Sawit
TARAF KOPERASIBumiputra
NO TELEFON/FAX09-2663717
BANK SEMASA
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
0 ANGGOTA
Keanggotaan Pada 2023
0  
Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2022